Tuesday, June 1, 2010

Salam Kembali

sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog ini..Kesibukan membuatkan banyak perkara tidak dapat dilakukan. menjadi pengurus hoki mengundang kesibukan yang tidak berbelah bagi...Selepas ini saya cuba mengisi meluang sedikit masa untuk menukilkan sedikit kata di blog ini

Wednesday, April 14, 2010

Cerpen Pinggan Retak Seribu

Sepanjang Minggu ini

Kesibukan menguruskan pasukan hoki sekolah yang menyertai liga hoki remaja malaysia serentak dengan hoki bwh 18 tahun membuatkan waktu yang ada terlalu singkat untuk merehatkan diri. Ketika ini fikiranku menerawang jauh mungkin kerana beban tugas ini yang memaksaku untukku bergerak dengan lebih pantas. Cerpen sendiri yang keluar di akhbar berita minggu masih tersisip di meja kerana tidak mempunyai masa untuk membacanya, walaupun karya sendiri....walaupun ada yang mengatakan temanya agak mudah hanya tentang sebuah pinggan namun kadang bagi seseorang ia lebih bermakna dari harga yang diletakkan. Hari jumaat ini pertandingan liga hoki bawah 18 tahun, Ahad Liga Hoki Remaja Malaysia. Isnin kembali liga hoki bawah 18. Tiada rehat untukku...

Saturday, March 20, 2010

Cerpen -Saya mahu dekat dengan-Nya- Mawar Shafei

Hari ini sempat menghabiskan cerpen Saya mahu dekat dengan-Nya karya Dr Mawar Shafei di Berita Harian hari ini. Dua kali mengulang agar saya benar-benar faham cerpen tersebut. Mulai menyukai dan tertarik gaya persembahan yang dihasilkan. Cerpen ini  penuh dengan nilai ilmu..Membaca, memikir dan menganalisis agar kesampaian makna yang ingin disampaikan. Ingin mengetahui tentang Valija lagi...:)

Monday, February 22, 2010

KATAKAN PADA TUHAN-MU (Mingguan Malaysia)


 Terima kasih tidak terhingga bagi editor MM yang memilih sajak ini untuk disiarkan (21 Februari 2010)

PUISI
KATAKAN PADA TUHAN-MU

Katakan pada Tuhan-Mu
bumi yang kau pijak ini tidak panas
langkahan kaki ini tidak culas
sepanjang menuju ke rumah-Nya

Katakan pada Tuhan-Mu
bahawa imanmu takkan kontang
oleh panas yang panjang
pohonmu takkan mati
kerana mutiara iman yang kurang
bibirmu takkan lekang dari zikir puji-pujian

Katakan pada Tuhan-Mu
yang kau takkan alpa
untuk terus bermunajat pada-Nya
hanya panasnya alam
kerana panasnya neraka itulah janji-Nya
pada kita yang leka

Baiyazid Mustaffa
Kg. Jelawai
Gemencheh

KATAKAN PADA TUHAN-MU (Mingguan Malaysia)


 Terima kasih tidak terhingga bagi editor MM yang memilih sajak ini untuk disiarkan.

PUISI
KATAKAN PADA TUHAN-MU

Katakan pada Tuhan-Mu
bumi yang kau pijak ini tidak panas
langkahan kaki ini tidak culas
sepanjang menuju ke rumah-Nya

Katakan pada Tuhan-Mu
bahawa imanmu takkan kontang
oleh panas yang panjang
pohonmu takkan mati
kerana mutiara iman yang kurang
bibirmu takkan lekang dari zikir puji-pujian

Katakan pada Tuhan-Mu
yang kau takkan alpa
untuk terus bermunajat pada-Nya
hanya panasnya alam
kerana panasnya neraka itulah janji-Nya
pada kita yang leka

Baiyazid Mustaffa
Kg. Jelawai
Gemencheh
Takdir-Nya

Pedihnya hati ini
menahan derita tanpa duga
ketika satu persatu
nyawa yang bernama manusia
telah kembali menemui pencipta-Nya
dipanggil akan takdir

Takdir-Nya
membawa seribu satu kisah cerita
tentang sengsara dan duka
tentang malapetaka yang bertimpa-timpa
dan ketika langit merah menyala-nyala
membakar segala hutan belantara
hujan turun bagai dendam yang tersimpan lama
membawa amarah menggempur dunia
tanpa tanda-tanda
sedang kita leka akan nikmat dunia
ia membadai segala pandangan
hilang dan pergi
seperti puing-puing kecil berterbang

Air mata saksi hati ini
Betapa kita manusia sentiasa terduga akan takdir-Nya
Sahutlah dengan keimanan
Paksikan dengan tiang ketakwaan
Insya-Allah kukuhlah ia menjadi benteng pertahanan
esastera.com

1 hari 1 jam 1minit 1 saat dan 1 detik

1 hari 1 jam 1minit 1 saat dan 1 detik

1 hari aku berdiri
memandang pada cermin diri
masih aku di sini
menafsir makna diri
yang kekadang kosong
tanpa diisi
tanpa sesiapa dapat mengerti

1 jam aku masih terus menanti
agar dapat kutemui
jawapan yang tak pasti
Ia terus meruntun dan menyeksa hati

1 minit aku terus berjanji
pada diri
pada sesiapa
yang dapat memahami akan diri
akan kekurangan diri
agar kuat untukku berdiri

Dan hanya satu saat
apa saja boleh terjadi
tanpa kita sedari...
sehingga pada satu detik aku sendiri tak mengerti
untuk apa aku melihat cermin diri ini
seandainya ia hanya sekadar melukakan hati...
esastera.com

Monday, February 15, 2010

Sajak Terbaharu- Di Sebalik Burka Itu

Salam, kini saya melampirkan sajak saya yang tersiar di akhbar Berita Minggu semalam, iaitu bertarikh 14 februari 2010. sudilah sekiranya memberi komen terhadap sajak ini.


DI  SEBALIK BURKA ITU

Matanya berkaca
menyinar silaunya membuatku terpersona
seperti ceritera dongeng bidadari turun dari syurga
aku khilaf  dan tersindir
untuk berbahasa tentangnya

Hijabnya menutup pesona kewanitaannya
menerbitkan citra bahasa jiwa
yang mampu kubaca hatinya
walau aku tidak mesra menatap wajahnya
sementelah menagih seraut senyuman
namun aku dapat rasakan kasihnya
kerana  getar cintanya terasa di sukma

Di sebalik burka itu
telah aku fahami isi hatinya
apabila kita saling mengenali
melalui mata dan hati
tanpa rasa sangsi
kerana wanita yang berselubung burka itu
amat suci hatinya
amat tulus jiwanya
amat cantik kurnianya
sehingga hatiku sering meronta-ronta
untuk memperisterikannya
BAIYAZID MUSTAFFA
SMK DATO MOHD TAHA,
GEMENCHEH

Sajak Terbaharu- Di Sebalik Burka Itu

Salam, kini saya melampirkan sajak saya yang tersiar di akhbar Berita Minggu semalam, iaitu bertarikh 14 februari 2010. sudilah sekiranya memberi komen terhadap sajak ini.


DI  SEBALIK BURKA ITU

Matanya berkaca
menyinar silaunya membuatku terpersona
seperti ceritera dongeng bidadari turun dari syurga
aku khilaf  dan tersindir
untuk berbahasa tentangnya

Hijabnya menutup pesona kewanitaannya
menerbitkan citra bahasa jiwa
yang mampu kubaca hatinya
walau aku tidak mesra menatap wajahnya
sementelah menagih seraut senyuman
namun aku dapat rasakan kasihnya
kerana  getar cintanya terasa di sukma

Di sebalik burka itu
telah aku fahami isi hatinya
apabila kita saling mengenali
melalui mata dan hati
tanpa rasa sangsi
kerana wanita yang berselubung burka itu
amat suci hatinya
amat tulus jiwanya
amat cantik kurnianya
sehingga hatiku sering meronta-ronta
untuk memperisterikannya
BAIYAZID MUSTAFFA
SMK DATO MOHD TAHA,
GEMENCHEH

Sunday, January 31, 2010

Perjalanan 2010

Masih jauh perjalanan tahun 2010. Sentiasa memikirkan perkara untuk esok. Sudah lama blog ini bersawang. Mungkin selepas ini saya berharap blog ini sentiasa dikemaskinikan sentiasa walaupun dihimpit dengan tugasan yang kadang-kadang membebankan...

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya