Friday, October 17, 2008

Salam Lebaran















Selamat Kembali….hari rabu bersamaan 15 Oktober…kami selamat tiba di Teluk Intan..amin, .Ieda, Aida, Ida dan saya sendiri pergi untuk melawat sekolah...kami bertolak jam 9.45pagi dan tiba pukul 11lebih lah...lihat sekolah-sekolah yang bakal kami jalani pratikum...Saya sekolah sri setia, aida dan ida zumira sekolah sri perak, ida dan ani sek sultan abd jalill. Yang lain ikut serta gak untuk ke teluk intan...tapi di orang cari sekolah masing2 lah...( lama tak tulis tak tahu apa yang nak dicakapkan)..






Monday, September 8, 2008

Senarai Nama Pemenang Anugerah Sasterawan Negara...

Salam...Harap dalam menerima pelbagai gelombang pembangunan yang semakin kencang mengganas, jangan dilupakan tentang tokoh-tokoh yang telah lama mencurahkan bakti dalam memartabatkan bahasa Melayu dan sastera tanah air. Senarai yang saya tunjukkan ini adalah senarai nama pemenang anugerah sasterawan negara. Senarai Penerima anugerah Sasterawan Negara yang saya ambil daripada wikipedia... mungkin ini tidak lengkap dan saya akan melengkapnya nanti.
1981 : Kamaludin Muhammad (Keris Mas)
1982 : Shahnon Ahmad
1983 : Datuk Dr. Usman Awang
1986 : Datuk A. Samad Said
1988 : Muhamad Abdul Biang
1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
1993 : Datuk Noordin Hasan
1996 : Datuk Abdullah Hussein
2001 : S. Othman Kelantan

Sunday, September 7, 2008

PRATIKUM...DI SEK.MEN.KEB.SERI SETIA,TELUK INTAN ,PERAK.

Assalamualaikum...kepada para pelajar yang akan menerima kehadiran saya di sekolah ini...harap memberi kerjasama yang baik kepada saya.he222.saya belum pergi melawati di mana dan mana letaknya sekolah ini...

Salam Dari Pusara...Meru, Klang....

Hari ini...jam 10.45 pagi saya dan sahabat saya telah bertolak ke Meru, Klang untuk menziarahi sebuah pusara...perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1jam setengah dengan menunggang motorsikal...niat sahabat saya ini ikhlas dan rancangannya tanpa diduga...saya yang mula agak keberatan ...akhirnya akur berkat kesungguhannya.Kredit diberikan kepada sahabat saya ini yang bersungguh membersihkan persekitaran pusara...mencabut rumput yang kian liar tumbuh...menukar kain putih yang ditumbuhi lumut hijau yang semakin lusuh di batu nisan..baris demi baris ayat surah yassin terladun dibibir...kesemuanya sungguh menginsafkan sementelah di bulan puasa....mengingati kematian sungguh menginsafkan...

Salam Ramadhan...Salam Lebaran..

Setiap langkah kita terpasang niat tersendiri...yang datang..yang pergi...setiap saat berganti...kenapa kita masih gagal memahami diri sendiri..meletakkan kesilapan diri dengan menyalahi orang lain...orang memandang kita dari luaran... dan dari dalamannya...boleh kita mengerti hanya sebagai umat-Nya yang kerdil...?dan kita mengadili setiap perkara yang kita dengari tanpa mencari hakikat setiap persoalan itu mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk dijatuhkan dan menjatuhkan orang lain. Dua diksi perkataan yang memberi makna yang berbeza...Saat itu kita perlu sedar bukan semua orang menyenangi kita...yang menyenangi kita adalah diri kita sendiri...itu adalah pasti....salam ramadhan.......

Sunday, August 10, 2008

Kenangan Terindah Di Sekolah Menengah Teknik Segamat (2001-2002)















Bengkel Penulisan Kreatif di Cherating, Pahang.


  • Bersama S.M.Zakir

Bersama Rahimidin Zahari


Bersama Khalid Salleh


Cuti Hujung Minggu... ' Gelora Jiwa Anak Melayu'

Salam...cuti hujung minggu hari ini adalah sikit aktiviti untuk melepaskan tension. Tengahhari sabtu pergi mandi-manda di sungai samak...belasah durian ramai2...but saya sikit2 jelah...sambil mandi sambil tu pekena durian... Sebelah malam terniat untuk menonton persembahan teater sastera di dewan rahman talib,upsi. Persembahan dengan pengisiannya yang boleh dibanggakan hasil skrip yang di tulis oleh Datuk Paduka Dr Rosli Saludin iaitu ' Gelora Jiwa Anak Melayu'. Penyampaian yang baik dan kemas kerana susunan skripnya yang bagus...beberapa aspek lakonan yang dipersembahkan cukup baik. Namun perlu dimantapkan lagi dalam aspek vokal kerana terdapat beberapa pelakon yang tidak jelas intonasinya. Begitu juga dengan penghayatan yang diberi sesetengah pelakon agak baik dan ada yang sederhana sahaja. Dalam aspek seni tarinya juga perlu dikemaskan lagi kerana ada segelintir yang masih kaku...Namun secara keseluruhannnya sungguh menarik hasil skrip yang dihasilkan dan beberapa watak seperti Si
Luncai agak berkesan dari pemerhatian saya. Pujian terus saya berikan untuk teater ini kerana banyak isi tersirat yang perlu dikaji sebagai peminat teater.... Saya beri 4 bintang.

Thursday, August 7, 2008

Malam Jalinan Kasih Program Bahasa Melayu...

Baru saja pulang dari program malam jalinan kasih program bahasa Melayu. Seperti tahun2 sebelumnya ia berlangsung secara sederhana dengan sarat pengisian.. apa pun tahniah kepada mereka yang menang untuk pakaian tercantik...terutama kepada dayang...dayang sayang kamu..Untuk Shahrul tahniahlah...memang meletup..dan Inra jangan berkecil hati walau tewas..anda tetap cantik..bab sabotaj,,,biarlah mereka...pandai2 je aku ni...

Thursday, July 31, 2008

Teringat Subjek-subjek Sastera Melayu....

Rindu pulak terhadap subjek2 sastera ni. Subjek sastera merupakan minor saya walaupun saya tidak mempunyai asas dalam bidang sastera, kerana minat saya mengambilnya. Semester ini subjek untuk minor tidak ada lagi. Rindu pulak untuk menyertai pelbagai aktiviti sastera. Teringat untuk subjek kebudayaan Melayu yang menyebabkan kena menari tarian tradisional, drama dan teater yang kena berlakon..terus saya takda bakat nak berlakon....Pensyarah-pensyarah sastera yang bersungguh-sungguh mengajar seperti DR. Rosli Saludin, DR Talib Samat, DR Ani Omar, DR Khairiah yang banyak memberi inspirasi terhadap perkara kemasyarakatan, En. Abd Halim, Dr Ab Rahman yang memang lucu bila memberi kuliah dan sebagainya ( maaf kalau ada yang tertinggal).

Wednesday, July 30, 2008

Mahu balik ke tak nak ke kampung di Gemencheh, N.sembilan.

Minggu ini saya terfikir untuk balik kampung. tetapi tidak confirm lagi kerana saya ada tugasan yang perlu saya buat. Tetapi ada hal pulak kat kampung... Tugasan yang ada perlu juga diselesaikan. Memandang saya mengkaji teks Misa Melayu karya Raja Chulan yang perlu dianalisis dalam konteks tatabahasa membuatkan saya bukan sahaja perlu membaca tetapi perlu meneliti satu persatu ayat dan kena digariskan. Itu yang memakan masa sikit. Bila pergi perpustakaan, kadang-kadang cari bahan sambil tu cari-cari novel,cerpen. Masa untuk mencari semua ini lebih lama daripada mencari bahan tesis...lagilah lambat untuk disiapkan...Saya suka pilih bahan bacaan Indonesia...tidak tahu kenapa? Mungkin bahasa yang digunakan sangat jujur, indah, mudah, dan sangat baik. Itu yang menarik perhatian saya....Tetapi saya tidak ketinggalan untuk membaca semua novel tidak kira novel itu novel popular atau tidak. Ini kerana saya tidak mahu dikongkong dalam satu-satu aspek sahaja. Ia perlu dilihat dalam aspek yang lain. Perkara pertama untuk melihat PERMASALAHAN MASYARAKAT kita sekarang, kita perlu meneliti apa yang ada pada sesebuah naskhah bahan bacaan tersebut kerana kita boleh melihat sikap, kehidupan masyarakat ini yang digambarkan dalam novel. Begitu juga drama-drama di televisyen hari ini, beberapa banyak paparan yang tidak baik, keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. ( jika ingin melihat sikap dan budaya masyarakat kita sekarang lihatlah apa yang dipaparkan dalam drama di televisyen) itulah realitinya....Kalau balik kampung dan bila balik sini, emak saya pasti bekalkan saya 'gulai maman' atau rendang'. Kalau hendak diikutkan tak nak menyusahkan mak. Tapi susah...Dia nak buat jugak...kalau hendask diikutkan macam2 dia suruh bawak bila balik U. Gulai maman ni macam orang yang tak biasa dengan masakan Negeri Sembilan, akan rasa kurang selesa kot. Pedas!!katanya. Tapi yang sudah biasa, takda masalah. Macam sahabat saya ni dari kelantan, dah mula menyukainya... ada juga yang tolong habiskan..kalau saya tak tahu nak buat apa. saya ni jenis tak sampai hati nak buang...lebih2 lagi kalau mak saya yang buatkan. Macam rendang takda masalah biasanya memang ramai yang minat rendang ni...Nantilah saya tunjukkan gambar Gulai Maman yang cukup popular di Gemencheh, Negeri Sembilan....

Tuesday, July 29, 2008

YUSAIMAN-ZUL-RAIZUAN- KASIHKU TERTINGGAL DI KEDAI MAKCIK LAMBAT

Selepas maghrib saya bercadang untuk keluar makan bersama teman-teman iaitu Yuszaiman, Raizuan, Zulrushlisyam, susah betul nak tulis nama dia ni, sebaik ada kat sebelah, sibuk suruh saya letakkan siapa artis paling popular di Malaysia. Harap-harap siapa yang sempat singgah bolehlah undi. Zul ni peminat siti... kalau nak tukar calon zul ni bolehlah undi...Nak bukak satu cerita masa makan tadi selepas makan...tetiba je ada seorang mak cik datang kat meja kita orang dan lambakan kerepek. masing2 pandang sesama mereka. Baru habis makan kita orang ni tak pandanglah kerepek ni. Namun apa boleh buat makcik kerepek tu dan lambak kan kerepeknya. Nak tolak, kesian,. nak beli macam takda mood je tengok kerepeknya. Orang pertama yang menuding jaring adalah Yus,...padan muka yus..Suruh zul beli..sedap je dia suruh orang lain beli. akhir cerita belilah sebungkus kerepek untuk meyedapkan hati makcik yang jual kerepek tu.. Makcik jual kerepek tu memang pandai menggunakan strategi pemasaran yang berkesan...Dan dari satu meja ke satu meja makcik tersebut berjaya menjual kerepeknya...tekniknya mudah.lambakan barangan kerepek banyak2 kat meja makan..pastu tu suruh orang beli..bagi orang yang hendak membeli terpaksalah beli.tak beli...malu pulak...kesian pun ada. HARGAI KEREPEK BUATAN MALAYSIA...

Bakal-bakal guru Pendidikan Bahasa Melayu...



TERingat lepas ini untuk mengimbau kembali aktiviti2 yang dilakukan sebelumnya...

Monday, July 28, 2008

Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- Tivi- 'Martabatkan Novel-novel Tempatan'



-Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- TIVI-

Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata wajar dibaca kerana ia mempunyai gagasan bahasa yang tersendiri. Bahasanya sungguh indah walaupun ia dihidangkan dengan cerita yang mudah. Novel ini mempunyai gagasan cerita yang tersendiri. Saya bukanlah peminta setia novel-novel Indonesia kerana saya sungguh obsess terhadap novel tempatan walaupun ia menyajikan cerita yang biasa dan kadang-kadang penggunaan bahasa yang dibuat-buat. Tidak kurang juga apabila penggunaan bahasa yang hendak nampak menarik tetapi macam tidak kena apabila membacanya. Namun keterbukaan saya untuk membaca novel ini didorong perasaan yang kuat apabila mendengar komen-komen yang positif terhadap novel ini. Novel Laskar Pelangi mempunyai nilai garapan yang baik apabila membaca setiap aluran ceritanya. Ia mengalir secara semulajadi apabila kita membacanya. Novel sebegini yang wajar dijadikan asas kepada kelahiran novel di Malaysia. Bahasanya JUJUR, gambaran suasana yang seakan tepat dan indah. Jalan cerita yang menarik belum tentu menjanjikan pemahaman bacaan yang baik. Namun, apabila membaca novel ini teringat akan novel sasterawan terulung Malaysia iaitu Shahnon Ahmad yang mana bahasa yang digunakan dalam novel beliau jujur dan sangat dekat dihati pembaca.Hal ini jika dilihat pada novel-novel di Malaysia saya memberi kredit kepada Shahnon Ahmad kerana mampu menyajikan aliran cerita yang baik. Bahasanya jujur dan tidak seperti direka-reka. ‘ RANJAU SEPANJANG JALAN’ sungguh indah bahasanya, mudah dibaca, dan melekat dihati. Begitu juga dengan novel ‘ TIVI’ ia menyajikan suatu bentuk cerita yang mudah tetapi diperingkatkan dengan baik sehingga ia seakan berlaku sebentar tadi. TIVI adalah cerita tentang televisyen sahaja tetapi digarap dengan berkesan. Pada mulanya saya beranggapan novel ini tidak menarik dan lama tersimpan di almari. Namun kesempatan membacanya telah membuatkan saya tertarik dan terpegun. Hilang segala kekusutan walaupun kadang-kadang novel ini terdapat unsur-unsur yang tidak sesuai untuk dibaca tetapi ia hilang dan dilupakan kerana dihidangkan dengan jalinan cerita yang menarik.

Thursday, July 24, 2008

SELAMAT BERTEMU...

Selamat bertemu, saya cuba sentiasa mengaktifkan diri nanti agar ia dapat dikongsi bersama...

Thursday, May 8, 2008

Perjalanan Dari Tanjong Malim ke Cameroon Highlands

Semasa Konvoi...
a

Sajer2 Posing.... Boleh La....

( 5- 6 April 2008 )- Sabtu dan Ahad
Tidak pernah terfikir dalam pemikiran saya yang mana saya pergi ke Cameroon Highland hanya membonceng motosikal. Tentukan sekali ia pengalaman yang amat bermakna sekali pada diri...
Semuanya tanpa dirancang juga tanpa diduga, permulaannya hanya sekadar untuk merehatkan diri dengan niat untuk bermandi-manda. Kami berenam mengambil keputusan untuk pergi ke Kolam Air Panas Sungai Kelah, di Sungkai kerana saya sendiri tidak pernah ke sana berbanding dengan air terjun di Kalumpang, Sungai Samak berdekatan dengan UPSI dengan yang sudah biasa kami pergi. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam juga kerana kami pergi menaiki motosikal sahaja. Saya sendiri mengambarkan bahawa kolam air panas ini adalah tempat biasa-biasa sahaja. Persiapan seperti hendak mandi di Sungai je...

Setibanya di sana ia bukanlah seperti yang saya imiginasikan...kami mengambil peluang yang sedia ada dengan mandi-mandi dengan sepuasnya ekoran untuk mengurangkan tekanan belajar kami yang semakin membebankan. Sekurang-kurangnya meredakan ketegangan perasaan. Peluang mandi air panas, merendamkan kaki, merebus telur ( gambar yang ditunjukkan itu eksyen je... orang lain yang rebus...kami ambil kesempatan tangkap gambar je ). Setelah berendam dengan air panas... kami melangkah masuk ke kolam yang biasa pula. Dan sedikit menjadi budak-budak. Tengah hari kami pulang dan singgah makan.

Rakan seperjuangan yang mungkin suka berjalan-jalan mengajak kami untuk menangkap gambar di Lata Iskandar. Saya setuju sahaja sebab saya ingat dekat je..tak pernah pergi pun sebelum ni.

Jauh juga kami mengharungi perjalanan untuk ke Lata Iskandar... Terdetik dalama hati jauhnya nak pergi tangkap gambar...Sampai sahaja di sana amabil lah gambar...Ha...Ha.. Sampai gak..Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kami berehat sebentar.
Al-maklumlah Lata Iskandar pula dekat pula dengan Cameroon Highland , dan idea dari rakan-rakan yang lain untuk pergi meninjau membuat saya bersetuju je. Tak bawak duit banyak pun sebab tak terfikir pun sampai ke tahap ini. Meninjau terlalu subjektif untuk diperkatakan... Jalan sepanjang ke Cameroon Highland sungguh dramatik dan mengharukan. Dengan keadaan jalan yang licin sudah tentu ia sebuah perjalanan yang amat berisiko tinggi... Berdebar juga kalau menjadi mangsa........ Apa pun jalan yang berliku-liku, berbelok-belok yang tajam digempur juga kerana alang-alang sudah menuju ke destinasi itu. Lagi pun bukan saya yang tunggang, kesiam amin... He!He!tak bagi peluang untuk di jadi pembonceng di belakang. Khuatir kalau saya yang bawak risikonya pasti berlipat kali ganda…

Kepuasan tidak terhingga walaupun belum pun sampai tempat betul-betul Cameroon Highlands. Baru sampai di Papan Tanda ( Lihat gambar ) satu kepuasan pada diri masing-masing. Baju basah- segala-galanya tidak selesa…Apa pun kami mengambil keputusan untuk tinggal semalam di Cameroon. Peluang di sini kami ambil untuk berehat, ronda-ronda , berjalan-jalan, macam-macamlah yang kami lakukan. Panjang sebenarnya..bersambung.. malas nak tulis banyak-banyak lagi..Pergilah sendiri…Esok kami terpaksa balik kerana ada Hari Keluarga Bahasa Melayu. Tapi hasilnya kami pergi ke tiga tempat yang berbeza.

Wednesday, May 7, 2008

Berakhirnya Sebuah Penantian...

Tanggal 9hb Mei ni, maka berakhirnya sebuah penantian yang amat menyeksakan iaitu peperiksaan.......lega..maka semester depan bermulanya langkah baru untuk semester 7.apa yang lebih tragik dan di luar jangka akan berlaku.. semester ini banyak meninggalkan kenangan yang terindah bagi saya sendiri. pahit manis dalam kehidupan membimbing kepada suatu pengalaman hidup yang amat bermakna. Dan ia mengajar saya untuk mencipta falsafah hidup sendiri kerana kita ia memandu kita ke arah menjadi diri sendiri. Tanpa falsafah hidup sendiri kita pasti entah ke mana. Persahabatan yang baik belum tentu mampu merencanakan sebuah memori untuk kita belajar dari sesuatu pengalaman. perlu untuk kita berjuang untuk diri dan keluarga yang sentiasa menyokong kita.

Tuesday, March 18, 2008

Kutemui laskar pelangi di selatan tanah air

Saya telah menemui buku ini di plaza angsana,johor bahru.Kesempatan menghadiri majlis perkahwinan pada 15hb mac 2008 iaitu perkahwinan rakan sekelas semasa di belajar di tingkatan lima memberi peluang kepada saya untuk mengunjungi sebuah kedai buku..kini ia sudah berada di tangan saya.

Wednesday, March 5, 2008

Laskar Pelangi...

Kuingin memiliki naskhah novel ' Laskar pelangi' ...andai sesiapa ketemuinya..kuingin membacanya sekaligus ingin memiliknya....

Maaf....

Saya sudah lama tidak melawati blog saya ini....kerana kesuntukkan masa saya terpaksa menangguhkan hasrat saya walaupun ada perkara yang ingin saya ceritakan. hampir hilang kesemua cerita yang sebenarnya ingin saya sampaikan untuk ditulis dalam blog ini...apa pun andai ada masa terluang saya pasti akan menulisnya nanti....

Friday, January 4, 2008

Selamat kembali ke semester baru...

Bermulanya 2 januari bermulanya semester baru.harap2 semester ini akan memberi manfaat yang lebih dari sebelumnya...wassalam.

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya