Thursday, December 31, 2009
Monday, December 21, 2009
Salam Maal Hijrah--ODA INDAH DI VIENTIANE
Di sini saya lampirkan sajak saya yang tersiar di Berita Minggu- Berita Harian...20 Disember 2009- Ahad Klik Di sini atau di Himpunan Penyair di sini..Sebarang komen boleh diberikan terhadap sajak ini...
ODA INDAH DI VIENTIANE
Kukirim kuntuman bunga raya
kebanggaan bangsa
untuk patriot dan srikandi
sejati
yang tegar berjuang atas
nama tanah airku tercinta
meraih gelar kemenangan
yang dirindu
sungguh terasa indah sekali
seperti bulan di Vientiane
menyayangi kami.
Kualunkan
bait-bait indah ini
mendukungi oda indah atas
Inayat-Nya
memberi petunjuk
kita bukan lagi lalang
mudah merunduk lemah
ditiup angin
menuruti rencah setiap
kepayahan
sebelum kita rentas jambatan
pelangi.
Menangislah, sepuas-puasnya
wahai pejuangku
agar air matamu
tidak tumpah lagi
dalam meneruskan iltizam diri
teruskan langkahmu
usah gentar lawan yang
dinanti
akan kukirim lagi
kuntuman bunga raya ini
agar mekar mewangi meliputi
seluruh bandar Vientiane
BAIYAZID MUSTAFFA
SMK Dato’ Mohd Taha,
Gemencheh
Ahad 20 Disember 2009 21
ODA INDAH DI VIENTIANE
Kukirim kuntuman bunga raya
kebanggaan bangsa
untuk patriot dan srikandi
sejati
yang tegar berjuang atas
nama tanah airku tercinta
meraih gelar kemenangan
yang dirindu
sungguh terasa indah sekali
seperti bulan di Vientiane
menyayangi kami.
Kualunkan
bait-bait indah ini
mendukungi oda indah atas
Inayat-Nya
memberi petunjuk
kita bukan lagi lalang
mudah merunduk lemah
ditiup angin
menuruti rencah setiap
kepayahan
sebelum kita rentas jambatan
pelangi.
Menangislah, sepuas-puasnya
wahai pejuangku
agar air matamu
tidak tumpah lagi
dalam meneruskan iltizam diri
teruskan langkahmu
usah gentar lawan yang
dinanti
akan kukirim lagi
kuntuman bunga raya ini
agar mekar mewangi meliputi
seluruh bandar Vientiane
BAIYAZID MUSTAFFA
SMK Dato’ Mohd Taha,
Gemencheh
Ahad 20 Disember 2009 21
Tuesday, December 8, 2009
Wednesday, November 18, 2009
Anak Buah Dah Pandai Duduk...
Gambar Kenangan pada sambutan meraikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan
Beberapa gambar saya sertakan semasa menghantar pelajar asrama untuk meraikan pasukan negeri Sembilan yang menang dalam pertandingan bola sepak liga Malaysia tidak lama dulu.Tahniah saya ucapkan..Keraian ini dilimpahi dengan hujan rahmat..bermula pukul 4.30 hingga 6.00 petang..pasukan negeri sembilan menang 3-0 melawan pasukan pilihan Tampin..Kelihatan pasukan pilihan Tampin mudah digula-gulakan oleh pasukan negeri sembilan..tapi moralnya ia mengeratkan hubungan sesama kita...
Tuesday, November 17, 2009
Minggu-Minggu Terakhir...
Salam...sedar tak sedar cuti sekolah semakin hampir, tinggal 3 hari sahaja.Diam- tak diam juga sudah sebulan agaknya saya ditempatkan di sekolah baru...Soalan yang sering ditanya...mus posting mana? mus dah posting ke? kat mana? Tahniah kepada rakan-rakan guru bahasa Melayu yang lain...ada yang ditempatkan di sarawak, Yus- kat Kapit tetap gigih redah sungai dengan bot.. ada yang dapat di Sabah. Johor bahru..Saya.....di tempat di sebuah tempat yang tidak dijangka...jangkakan. Bak kata kerani hari tu 'suprise'. SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh...Kenapa???...saya bersekolah di sini..posting pun kat sini...Agak segan berdepan dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ditingkatan enam...Ada yang membahasakan diri sebagai akak...saya yang tersegan...cikgu sendiri...Bila terkenang rakan-rakan lain dapat merata-rata negeri untuk ditempatkan.rasa macam seronok jer..bukan apa...pengalaman di negeri lain tentu berbeza...tapi saya tetap gigih untuk menjadi pendidik...Bosan-bosan view blog orang lain.baca pengalaman masing-masing...Kalau setiap hari saya catatkan apa yang berlaku di sekolah...boleh buat novel...macam2...tapi masa tak mengizinkan..ini pun baharu balik dari hantar budak meraikan pasukan bola sepak negeri sembilan yang menjuarai piala Malaysia.. AZAM 2010- teringin nak jumpa penulis wanita Negeri Sembilan--yang saya selalu view blog beliau..Bagi saya, beliau seorang penulis profilik, yang lari dari penulisan wanita..Saya yang maksudkan Puan Nisah Haron..Saya baru dapat buku komsas baru untuk tingkatan empat untuk digunakan tahun depan. begitu juga untuk tingktan satu. Saya tak pasti karya beliau terpilih atau tidak..
Saturday, November 7, 2009
NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009
Tahniah kepada pasukan negeri sembilan yang berjaya mencipta sejarah menjadi juara piala malaysia untuk tahun 2009. Nama negeri sembilan "9" tepat dengan tahunnya 2009....Insiden2 yang berlakunya sewajarnya tidak perlu berlaku tak kira mana2 pasukan kerana bagi saya apa yang penting kita membawa satu bangsa...Dengan menjaringkan 3 gol menewaskan kelantan dengan 1 gol...secara jujur permainan agak membuatkan hati pasukan masing-masing berdebar-debar...agaknya ada cuti khas kot atas kemenangan ini....
Bertamu di Kalbu....
Salam, agak2 siapa yang bakal menjuarai piala Malaysia...Negeri Sembilan atau Kelantan...Saya tiada masalah utk meyokong mana...kerana bagi saya ia hanya sekadar utk sesuatu yang kesampingan sahaja...tapi sebagai jati anak negeri 9...saya sokong juga negeri sembilan...hobin jang hobing..Negeri Sembilan 2---Kelantan 0
Tuesday, September 29, 2009
Setelah Syawal Berlalu....
Sebelum membuka lembaran baharu setelah berlalunya syawal teringant detik-detik manis kembali sebelum ini antaranya kad-kad raya yang diberi oleh murid sk rokan, gemencheh ketika saya menjadi guru sementara di situ dan dapat duit raya pemberian guru. rasa kekok dah tua dapat duit raya.uhuhuhuh......kenangan beraya bersama keluarga. Abang saya keempat yang tidak dapat beraya kerana keretanya rosak ketika perjalanan pulang....macam2....
Friday, August 14, 2009
Tuesday, August 11, 2009
masa try baju...huhu
Hari Konvokesyen Bahasa Melayu -Esok...
Hatiku berdebar-debar menanti hari esok untuk menerima segulung ijazah setelah bersengkang mata menelaah buku dan akitiviti yang sangat sarat...apa pun esok pasti menjadi sejarah yang menjadi kenangan yang terindah seumur hidup...sekarang sedang duduk di kolej tempat bermulanya pengajian saya pada tahun 2005.Sekilas penghargaan kepada Muszaffar yang sudia menaja rumah penginapan ini.tanpa dia merempatlah saya di bandar tanjung malim ini. apa yang menarik lagi apabila hendak konvo ramai pelajar yang sudah berkahwin dan ada yang sedang mengandung kini. apa pun tahniah kepada seorang pelajar bm iaitu ilma yang dapat anugerah diraja...maybe tahun depan gugu gaga Kaza..huhu yang akan dapat anugerah....saya mendapat tahu yang izat,,,kawan saya yang tidak dapat hadir untuk menerima ijazah kerana ayahnya yang sakit...apa pun esok pasti datang...
Tuesday, July 14, 2009
Detik Terakhir Sebelum Meninggalkan SK Pasir Besar
Setapak saya meninggalkan sekolah ini, saya benar terasa kehilangan setelah lama bergelumang dengan kerenah para pelajar. Apa yang terharu saya baharu sahaja merangkak untuk belajar memahami erti seorang guru. selamat tinggal...kenangan terindah...
Saturday, June 27, 2009
Selamat Berjaya...
Adik saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa dan linguistik melayu di Universiti Putra Malaysia. Semoga berjaya menggapai cita-cita...
Tuesday, May 5, 2009
PERHATIAN: Gambar Kenangan SMK SERI SETIA
PERHATIAN UNTUK MELIHAT GAMBAR KENANGAN SEMASA SAYA BERADA SMK SERI SETIA SILA KLIK LINK SMK SERI SETIA DI BAHAGIAN SEBELAH KANAN ANDA, IAITU BERADA DI BAWAH. gAMBAR SUKAR UNTUK DIMASUKAN KERANA LINE INTERNET TIDAK BERAPA BAIK. NAMUN SAYA CUBA MASUKAN NANTI..HARAP MAKLUM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Siri 2: Terbit Buku Sendiri
Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya