Monday, October 8, 2012

Puisi Kekasih Bahasa

Sajak terkini, Kekasihku Bahasa disiarkan pada 08 Oktober 2012 di akhbar Berita Minggu. Selamat membaca!

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H (2012)

Selamat hari raya kepada semua yang mengenali saya. Maaf andai ada tutur bicara yang menyinggung perasaan. Bulan Ramadan tahun ini banyak mengamit memori. Buku pertama saya hasilkan setelah berhempas pulas untuk menyiapkannya. Walaupun ada beberapa kesilapan kecil namun ia merupakan perangsang untuk saya terus menulis.

Tuesday, July 24, 2012

Menunggu buku berada di tangan : BUKU KOMSAS TINGKATAN 5

Buku masih belum berada di tangan saya. Jika sesiapa yang berminat saya akan maklumkan jika sudah berada di tangan saya.

Monday, June 18, 2012

Inspirasi 2012- METAFORA SEBUAH PERKAHWINAN

Inspirasi 2012

Ia bukan puisi yang baik, namun cukup memberi inspirasi untuk terus menulis
Berita Minggu- 17 Jun 2012

puisi
Metafora Sebuah Perkahwinan

Bertamulah hati bersama akad dan janji
debunga kasih mengikat diri
menuju ke jalan yang direstui
memaknakan sebuah penyatuan
dan  fitrah manusiawi

Saat  ijab kabul kita  lunasi
tanpa kita sedari
ada air mata jernih yang berkolam
lalu mengalir suci
ada salju yang menyulam perasaan
bersama jemari diri yang bertaut erat
Ya, pasti kita akan mengingati detik-detik itu kembali!

Perkahwinan
ia adalah penyatuan hati
menyulam warna-warna pelangi kehidupan
kita tidak lagi sendiri dalam mencorak lukisan diri

Kamar bujang kita tinggalkan
perkalihan menjadikan kita tidak keseorangan
mimpi kita  bersatu  dalam denyut nadi yang sama
setelah takdir menemukan cinta kita

Perkahwinan itu ukirannya kesetiaan
walau diinjak badai gelombang
pasti pantai menjadi persinggahan
kukuhlah ia dengan keimanan
lembutkanlah ia dari putih pasir
jernihkahlah ia dari biru laut
nyanyikan ia dari camar berlayangan
sejukanlah ia dari bayu yang berpuput mesra
agar cinta kita kekal untuk selamanya

Baiyazid Mustaffa,
SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.

Monday, March 5, 2012

Pertama Kali Membeli Buku Secara Online.

Kesibukan menjadi guru dan mengurus pasukan hoki sekolah membataskan minat dan kecenderungan saya selama ini. Masa sangat terhad dengan tugas hakiki, malah masa saya sangat terhad sejak menggalas tugas sebagai pengurus hoki. Sebagai guru hoki yang membawa pasukan untuk bertanding dalam pelbagai kejohanan seperi Liga Hoki Remaja Malaysia yang baru sahaja melabuhkan tirainya saya tidak punya kualiti masa untuk membaca. Walau di dalam bas sekalipun, saya tidak mampu menjadi seorang pembaca kerana memikirkan perkara-perkara yang saya akan lakukan sebelum dan semasa dan selepas setiap pertandingan. Lewat malam saya akan sampai ke rumah. menyebabkan badan saya terlalu letih, keletihan dalam bidang sukan tidak sama seperti bidang lain, sentiasa diburu emosi dan mental. Hal ini punca saya tidak mampu menulis. Seperti beberapa hari sebelum ini, saya terlibat dengan perlawanan hoki MSSNS yang memerlukan saya berulang alik ke tempat kejohanan seawal 4.30 pagi dan pulang jam 10 malam. Mengurus murid, makan dan minum, segala-galanya ditangan saya...

Koleksi buku HSKU 2010 sudah lama menjadi pemerhatian saya setelah melihat novel karya Pn. Sri Rahayu Mohd Yusop mengekal momentum beberapa tahun untuk dengan memenangi tempat pertama bagi kategori novel. Perspektif terhadap karya beliau membuat hati membuak-buak untuk membacanya. Secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis. Ujana Ilmu merupakan perintis terhadap  pembelian buku secara online bagi saya. Segalanya seperti mudah dan hanya di hujung jari. Masa penghantaran buku juga tidak membuatkan saya jenuh menunggu. Terima kasih kepada Pn Nisah Haron!

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya