Terima kasih tidak terhingga bagi editor MM yang memilih sajak ini untuk disiarkan.
PUISI
KATAKAN PADA TUHAN-MU
Katakan pada Tuhan-Mu
bumi yang kau pijak ini tidak panas
langkahan kaki ini tidak culas
sepanjang menuju ke rumah-Nya
Katakan pada Tuhan-Mu
bahawa imanmu takkan kontang
oleh panas yang panjang
pohonmu takkan mati
kerana mutiara iman yang kurang
bibirmu takkan lekang dari zikir puji-pujian
Katakan pada Tuhan-Mu
yang kau takkan alpa
untuk terus bermunajat pada-Nya
hanya panasnya alam
kerana panasnya neraka itulah janji-Nya
pada kita yang leka
Baiyazid Mustaffa
Kg. Jelawai
Gemencheh
No comments:
Post a Comment