Sunday, January 31, 2010

Perjalanan 2010

Masih jauh perjalanan tahun 2010. Sentiasa memikirkan perkara untuk esok. Sudah lama blog ini bersawang. Mungkin selepas ini saya berharap blog ini sentiasa dikemaskinikan sentiasa walaupun dihimpit dengan tugasan yang kadang-kadang membebankan...

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah--ODA INDAH DI VIENTIANE

Di sini saya lampirkan sajak saya yang tersiar di Berita Minggu- Berita Harian...20 Disember 2009- Ahad Klik Di sini atau di Himpunan Penyair di sini..Sebarang komen boleh diberikan terhadap sajak ini...

ODA INDAH DI VIENTIANE

Kukirim kuntuman bunga raya
kebanggaan bangsa
untuk patriot dan srikandi
sejati
yang tegar berjuang atas
nama tanah airku tercinta
meraih gelar kemenangan
yang dirindu
sungguh terasa indah sekali
seperti bulan di Vientiane
menyayangi kami.

Kualunkan
bait-bait indah ini
mendukungi oda indah atas
Inayat-Nya
memberi petunjuk
kita bukan lagi lalang
mudah merunduk lemah
ditiup angin
menuruti rencah setiap
kepayahan
sebelum kita rentas jambatan
pelangi.

Menangislah, sepuas-puasnya
wahai pejuangku
agar air matamu
tidak tumpah lagi
dalam meneruskan iltizam diri
teruskan langkahmu
usah gentar lawan yang
dinanti
akan kukirim lagi
kuntuman bunga raya ini
agar mekar mewangi meliputi
seluruh bandar Vientiane

BAIYAZID MUSTAFFA
SMK Dato’ Mohd Taha,
Gemencheh
Ahad 20 Disember 2009 21

Wednesday, November 18, 2009

Anak Buah Dah Pandai Duduk...

Tak tahu nak watper...saya posting gambar anak buah saya yang sudah pandai duduk....apa2 ntah..cian dia dapat sakit mata..jangkitan dari org.Gambar yang kedua tu dia tengah sakit mata n demam sikit2..but coz hari ni dah pandai duduk...saja tangkap gambar dia..

Gambar Kenangan pada sambutan meraikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan










Beberapa gambar saya sertakan semasa menghantar pelajar asrama untuk meraikan pasukan negeri Sembilan yang menang dalam pertandingan bola sepak liga Malaysia tidak lama dulu.Tahniah saya ucapkan..Keraian ini dilimpahi dengan hujan rahmat..bermula pukul 4.30 hingga 6.00 petang..pasukan negeri sembilan menang 3-0 melawan pasukan pilihan Tampin..Kelihatan pasukan pilihan Tampin mudah digula-gulakan oleh pasukan negeri sembilan..tapi moralnya ia mengeratkan hubungan sesama kita...

Tuesday, November 17, 2009

Minggu-Minggu Terakhir...

Salam...sedar tak sedar cuti sekolah semakin hampir, tinggal 3 hari sahaja.Diam- tak diam juga sudah sebulan agaknya saya ditempatkan di sekolah baru...Soalan yang sering ditanya...mus posting mana? mus dah posting ke? kat mana? Tahniah kepada rakan-rakan guru bahasa Melayu yang lain...ada yang ditempatkan di sarawak, Yus- kat Kapit tetap gigih redah sungai dengan bot.. ada yang dapat di Sabah. Johor bahru..Saya.....di tempat di sebuah tempat yang tidak dijangka...jangkakan. Bak kata kerani hari tu 'suprise'. SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh...Kenapa???...saya bersekolah di sini..posting pun kat sini...Agak segan berdepan dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ditingkatan enam...Ada yang membahasakan diri sebagai akak...saya yang tersegan...cikgu sendiri...Bila terkenang rakan-rakan lain dapat merata-rata negeri untuk ditempatkan.rasa macam seronok jer..bukan apa...pengalaman di negeri lain tentu berbeza...tapi saya tetap gigih untuk menjadi pendidik...Bosan-bosan view blog orang lain.baca pengalaman masing-masing...Kalau setiap hari saya catatkan apa yang berlaku di sekolah...boleh buat novel...macam2...tapi masa tak mengizinkan..ini pun baharu balik dari hantar budak meraikan pasukan bola sepak negeri sembilan yang menjuarai piala Malaysia.. AZAM 2010- teringin nak jumpa penulis wanita Negeri Sembilan--yang saya selalu view blog beliau..Bagi saya, beliau seorang penulis profilik, yang lari dari penulisan wanita..Saya yang maksudkan Puan Nisah Haron..Saya baru dapat buku komsas baru untuk tingkatan empat untuk digunakan tahun depan. begitu juga untuk tingktan satu. Saya tak pasti karya beliau terpilih atau tidak..

Saturday, November 7, 2009

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009


Tahniah kepada pasukan negeri sembilan yang berjaya mencipta sejarah menjadi juara piala malaysia untuk tahun 2009. Nama negeri sembilan "9" tepat dengan tahunnya 2009....Insiden2 yang berlakunya sewajarnya tidak perlu berlaku tak kira mana2 pasukan kerana bagi saya apa yang penting kita membawa satu bangsa...Dengan menjaringkan 3 gol menewaskan kelantan dengan 1 gol...secara jujur permainan agak membuatkan hati pasukan masing-masing berdebar-debar...agaknya ada cuti khas kot atas kemenangan ini....

Ku lihat langit itu....adakah cahaya bakal menyinari lagi..

Ku lihat langit itu....adakah cahaya bakal menyinari lagi..