DI SEBALIK BURKA ITU
Matanya berkaca
menyinar silaunya membuatku terpersona
seperti ceritera dongeng bidadari turun dari syurga
aku khilaf dan tersindir
untuk berbahasa tentangnya
Hijabnya menutup pesona kewanitaannya
menerbitkan citra bahasa jiwa
yang mampu kubaca hatinya
walau aku tidak mesra menatap wajahnya
sementelah menagih seraut senyuman
namun aku dapat rasakan kasihnya
kerana getar cintanya terasa di sukma
Di sebalik burka itu
telah aku fahami isi hatinya
apabila kita saling mengenali
melalui mata dan hati
tanpa rasa sangsi
kerana wanita yang berselubung burka itu
amat suci hatinya
amat tulus jiwanya
amat cantik kurnianya
sehingga hatiku sering meronta-ronta
untuk memperisterikannya
BAIYAZID MUSTAFFA
SMK DATO MOHD TAHA,
GEMENCHEH
No comments:
Post a Comment