Saturday, November 10, 2007

Persahabatan...

Persahabatan merupakan suatu ikatan suci yang mana memerlukan kepercayaan yang tinggi sesama sahabat..Dedikasi lagu pelangi petang merupakan lagu yang kerap saya dengari. Melalui lagu ini persahabatan saya tercipta , sukar diganggu gugat. Lagu ini mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Tanpa persahabatan hidup bagai tak sempurna. Sahabat berbeza dari kekasih... Persahabatan bagai mentari yang menyinar pagi dan terbenam tika senja menhadirkan diri. Namun peristiwa yang paling menyedihkan dalam persahabatan adalah perpisahan. Kerana perpisahanlah suatu ikatan persahabatan itu lebur. Berpisah kerana persahabatan bukanlah untuk selamanya kerana hanya cinta membawa kepada suatu pengekalan yang hakiki.

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Sahabat andai kau hadir cukup seketika namun kemuliaan sebagai teman suka duka
sukar digalas ganti
terima kasih kerana memberi saya seribu satu kenangan
yang sukar dikutip...


Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Sahabat....bagai pelangi kau hadir dalam persabatan ini
pasti kau seperti camar yang tegar melawan pelangi...

Dedikasi persahabatan kita tak pernah aku lupakan...

Dedikasi Persahabatan Saya

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...( ulang dari korus )

Sudirman

Friday, November 9, 2007

Cinta...

Cinta...Adakah sesuatu percintaan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan...?

Kembalikan kesegaran diri...

Saat paling tidak digemari ketika tiba peperiksaan...ada saja yang tidak kena...selsema...selalu saja menimpa diri...resdung..Rasa tak selesa nak belajar...Kini sahabatku terkena jangkitan selsema dari aku.Tension jer dia...aku dipersalahkan...Sesekali kena apa salahnya.

Thursday, November 8, 2007

Demam Peperiksaan Kembali

Semalam, hari pertama menjalani peperiksaan.Arggggh, tension sangat...cuti yang lama bukan sahaja dilalui tanpa mengulangkaji pelajaran...Mungkin masa itu mood untuk mengambil peperiksaan masih belum ada....Sampai saja sini....terkial-kial buka buku...baru terfikir masa semakin suntuk...Apa-apa pun semangat nak lulus cemerlang, membuat aku tetapkan diri untuk gigih belajar....

Salam Perkenalan untuk semua....

Harap perkenalan ini membuahkan satu nilai persahabatan

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya