Thursday, July 31, 2008

Teringat Subjek-subjek Sastera Melayu....

Rindu pulak terhadap subjek2 sastera ni. Subjek sastera merupakan minor saya walaupun saya tidak mempunyai asas dalam bidang sastera, kerana minat saya mengambilnya. Semester ini subjek untuk minor tidak ada lagi. Rindu pulak untuk menyertai pelbagai aktiviti sastera. Teringat untuk subjek kebudayaan Melayu yang menyebabkan kena menari tarian tradisional, drama dan teater yang kena berlakon..terus saya takda bakat nak berlakon....Pensyarah-pensyarah sastera yang bersungguh-sungguh mengajar seperti DR. Rosli Saludin, DR Talib Samat, DR Ani Omar, DR Khairiah yang banyak memberi inspirasi terhadap perkara kemasyarakatan, En. Abd Halim, Dr Ab Rahman yang memang lucu bila memberi kuliah dan sebagainya ( maaf kalau ada yang tertinggal).

Wednesday, July 30, 2008

Mahu balik ke tak nak ke kampung di Gemencheh, N.sembilan.

Minggu ini saya terfikir untuk balik kampung. tetapi tidak confirm lagi kerana saya ada tugasan yang perlu saya buat. Tetapi ada hal pulak kat kampung... Tugasan yang ada perlu juga diselesaikan. Memandang saya mengkaji teks Misa Melayu karya Raja Chulan yang perlu dianalisis dalam konteks tatabahasa membuatkan saya bukan sahaja perlu membaca tetapi perlu meneliti satu persatu ayat dan kena digariskan. Itu yang memakan masa sikit. Bila pergi perpustakaan, kadang-kadang cari bahan sambil tu cari-cari novel,cerpen. Masa untuk mencari semua ini lebih lama daripada mencari bahan tesis...lagilah lambat untuk disiapkan...Saya suka pilih bahan bacaan Indonesia...tidak tahu kenapa? Mungkin bahasa yang digunakan sangat jujur, indah, mudah, dan sangat baik. Itu yang menarik perhatian saya....Tetapi saya tidak ketinggalan untuk membaca semua novel tidak kira novel itu novel popular atau tidak. Ini kerana saya tidak mahu dikongkong dalam satu-satu aspek sahaja. Ia perlu dilihat dalam aspek yang lain. Perkara pertama untuk melihat PERMASALAHAN MASYARAKAT kita sekarang, kita perlu meneliti apa yang ada pada sesebuah naskhah bahan bacaan tersebut kerana kita boleh melihat sikap, kehidupan masyarakat ini yang digambarkan dalam novel. Begitu juga drama-drama di televisyen hari ini, beberapa banyak paparan yang tidak baik, keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. ( jika ingin melihat sikap dan budaya masyarakat kita sekarang lihatlah apa yang dipaparkan dalam drama di televisyen) itulah realitinya....Kalau balik kampung dan bila balik sini, emak saya pasti bekalkan saya 'gulai maman' atau rendang'. Kalau hendak diikutkan tak nak menyusahkan mak. Tapi susah...Dia nak buat jugak...kalau hendask diikutkan macam2 dia suruh bawak bila balik U. Gulai maman ni macam orang yang tak biasa dengan masakan Negeri Sembilan, akan rasa kurang selesa kot. Pedas!!katanya. Tapi yang sudah biasa, takda masalah. Macam sahabat saya ni dari kelantan, dah mula menyukainya... ada juga yang tolong habiskan..kalau saya tak tahu nak buat apa. saya ni jenis tak sampai hati nak buang...lebih2 lagi kalau mak saya yang buatkan. Macam rendang takda masalah biasanya memang ramai yang minat rendang ni...Nantilah saya tunjukkan gambar Gulai Maman yang cukup popular di Gemencheh, Negeri Sembilan....

Tuesday, July 29, 2008

YUSAIMAN-ZUL-RAIZUAN- KASIHKU TERTINGGAL DI KEDAI MAKCIK LAMBAT

Selepas maghrib saya bercadang untuk keluar makan bersama teman-teman iaitu Yuszaiman, Raizuan, Zulrushlisyam, susah betul nak tulis nama dia ni, sebaik ada kat sebelah, sibuk suruh saya letakkan siapa artis paling popular di Malaysia. Harap-harap siapa yang sempat singgah bolehlah undi. Zul ni peminat siti... kalau nak tukar calon zul ni bolehlah undi...Nak bukak satu cerita masa makan tadi selepas makan...tetiba je ada seorang mak cik datang kat meja kita orang dan lambakan kerepek. masing2 pandang sesama mereka. Baru habis makan kita orang ni tak pandanglah kerepek ni. Namun apa boleh buat makcik kerepek tu dan lambak kan kerepeknya. Nak tolak, kesian,. nak beli macam takda mood je tengok kerepeknya. Orang pertama yang menuding jaring adalah Yus,...padan muka yus..Suruh zul beli..sedap je dia suruh orang lain beli. akhir cerita belilah sebungkus kerepek untuk meyedapkan hati makcik yang jual kerepek tu.. Makcik jual kerepek tu memang pandai menggunakan strategi pemasaran yang berkesan...Dan dari satu meja ke satu meja makcik tersebut berjaya menjual kerepeknya...tekniknya mudah.lambakan barangan kerepek banyak2 kat meja makan..pastu tu suruh orang beli..bagi orang yang hendak membeli terpaksalah beli.tak beli...malu pulak...kesian pun ada. HARGAI KEREPEK BUATAN MALAYSIA...

Bakal-bakal guru Pendidikan Bahasa Melayu...



TERingat lepas ini untuk mengimbau kembali aktiviti2 yang dilakukan sebelumnya...

Monday, July 28, 2008

Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- Tivi- 'Martabatkan Novel-novel Tempatan'



-Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- TIVI-

Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata wajar dibaca kerana ia mempunyai gagasan bahasa yang tersendiri. Bahasanya sungguh indah walaupun ia dihidangkan dengan cerita yang mudah. Novel ini mempunyai gagasan cerita yang tersendiri. Saya bukanlah peminta setia novel-novel Indonesia kerana saya sungguh obsess terhadap novel tempatan walaupun ia menyajikan cerita yang biasa dan kadang-kadang penggunaan bahasa yang dibuat-buat. Tidak kurang juga apabila penggunaan bahasa yang hendak nampak menarik tetapi macam tidak kena apabila membacanya. Namun keterbukaan saya untuk membaca novel ini didorong perasaan yang kuat apabila mendengar komen-komen yang positif terhadap novel ini. Novel Laskar Pelangi mempunyai nilai garapan yang baik apabila membaca setiap aluran ceritanya. Ia mengalir secara semulajadi apabila kita membacanya. Novel sebegini yang wajar dijadikan asas kepada kelahiran novel di Malaysia. Bahasanya JUJUR, gambaran suasana yang seakan tepat dan indah. Jalan cerita yang menarik belum tentu menjanjikan pemahaman bacaan yang baik. Namun, apabila membaca novel ini teringat akan novel sasterawan terulung Malaysia iaitu Shahnon Ahmad yang mana bahasa yang digunakan dalam novel beliau jujur dan sangat dekat dihati pembaca.Hal ini jika dilihat pada novel-novel di Malaysia saya memberi kredit kepada Shahnon Ahmad kerana mampu menyajikan aliran cerita yang baik. Bahasanya jujur dan tidak seperti direka-reka. ‘ RANJAU SEPANJANG JALAN’ sungguh indah bahasanya, mudah dibaca, dan melekat dihati. Begitu juga dengan novel ‘ TIVI’ ia menyajikan suatu bentuk cerita yang mudah tetapi diperingkatkan dengan baik sehingga ia seakan berlaku sebentar tadi. TIVI adalah cerita tentang televisyen sahaja tetapi digarap dengan berkesan. Pada mulanya saya beranggapan novel ini tidak menarik dan lama tersimpan di almari. Namun kesempatan membacanya telah membuatkan saya tertarik dan terpegun. Hilang segala kekusutan walaupun kadang-kadang novel ini terdapat unsur-unsur yang tidak sesuai untuk dibaca tetapi ia hilang dan dilupakan kerana dihidangkan dengan jalinan cerita yang menarik.

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya