Wednesday, November 18, 2009

Anak Buah Dah Pandai Duduk...

Tak tahu nak watper...saya posting gambar anak buah saya yang sudah pandai duduk....apa2 ntah..cian dia dapat sakit mata..jangkitan dari org.Gambar yang kedua tu dia tengah sakit mata n demam sikit2..but coz hari ni dah pandai duduk...saja tangkap gambar dia..

Gambar Kenangan pada sambutan meraikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan










Beberapa gambar saya sertakan semasa menghantar pelajar asrama untuk meraikan pasukan negeri Sembilan yang menang dalam pertandingan bola sepak liga Malaysia tidak lama dulu.Tahniah saya ucapkan..Keraian ini dilimpahi dengan hujan rahmat..bermula pukul 4.30 hingga 6.00 petang..pasukan negeri sembilan menang 3-0 melawan pasukan pilihan Tampin..Kelihatan pasukan pilihan Tampin mudah digula-gulakan oleh pasukan negeri sembilan..tapi moralnya ia mengeratkan hubungan sesama kita...

Tuesday, November 17, 2009

Minggu-Minggu Terakhir...

Salam...sedar tak sedar cuti sekolah semakin hampir, tinggal 3 hari sahaja.Diam- tak diam juga sudah sebulan agaknya saya ditempatkan di sekolah baru...Soalan yang sering ditanya...mus posting mana? mus dah posting ke? kat mana? Tahniah kepada rakan-rakan guru bahasa Melayu yang lain...ada yang ditempatkan di sarawak, Yus- kat Kapit tetap gigih redah sungai dengan bot.. ada yang dapat di Sabah. Johor bahru..Saya.....di tempat di sebuah tempat yang tidak dijangka...jangkakan. Bak kata kerani hari tu 'suprise'. SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh...Kenapa???...saya bersekolah di sini..posting pun kat sini...Agak segan berdepan dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ditingkatan enam...Ada yang membahasakan diri sebagai akak...saya yang tersegan...cikgu sendiri...Bila terkenang rakan-rakan lain dapat merata-rata negeri untuk ditempatkan.rasa macam seronok jer..bukan apa...pengalaman di negeri lain tentu berbeza...tapi saya tetap gigih untuk menjadi pendidik...Bosan-bosan view blog orang lain.baca pengalaman masing-masing...Kalau setiap hari saya catatkan apa yang berlaku di sekolah...boleh buat novel...macam2...tapi masa tak mengizinkan..ini pun baharu balik dari hantar budak meraikan pasukan bola sepak negeri sembilan yang menjuarai piala Malaysia.. AZAM 2010- teringin nak jumpa penulis wanita Negeri Sembilan--yang saya selalu view blog beliau..Bagi saya, beliau seorang penulis profilik, yang lari dari penulisan wanita..Saya yang maksudkan Puan Nisah Haron..Saya baru dapat buku komsas baru untuk tingkatan empat untuk digunakan tahun depan. begitu juga untuk tingktan satu. Saya tak pasti karya beliau terpilih atau tidak..

Siri 2: Terbit Buku Sendiri

Terbit buku sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Tunggu penjelasan selanjutnya