Monday, February 22, 2010

KATAKAN PADA TUHAN-MU (Mingguan Malaysia)


 Terima kasih tidak terhingga bagi editor MM yang memilih sajak ini untuk disiarkan (21 Februari 2010)

PUISI
KATAKAN PADA TUHAN-MU

Katakan pada Tuhan-Mu
bumi yang kau pijak ini tidak panas
langkahan kaki ini tidak culas
sepanjang menuju ke rumah-Nya

Katakan pada Tuhan-Mu
bahawa imanmu takkan kontang
oleh panas yang panjang
pohonmu takkan mati
kerana mutiara iman yang kurang
bibirmu takkan lekang dari zikir puji-pujian

Katakan pada Tuhan-Mu
yang kau takkan alpa
untuk terus bermunajat pada-Nya
hanya panasnya alam
kerana panasnya neraka itulah janji-Nya
pada kita yang leka

Baiyazid Mustaffa
Kg. Jelawai
Gemencheh

KATAKAN PADA TUHAN-MU (Mingguan Malaysia)


 Terima kasih tidak terhingga bagi editor MM yang memilih sajak ini untuk disiarkan.

PUISI
KATAKAN PADA TUHAN-MU

Katakan pada Tuhan-Mu
bumi yang kau pijak ini tidak panas
langkahan kaki ini tidak culas
sepanjang menuju ke rumah-Nya

Katakan pada Tuhan-Mu
bahawa imanmu takkan kontang
oleh panas yang panjang
pohonmu takkan mati
kerana mutiara iman yang kurang
bibirmu takkan lekang dari zikir puji-pujian

Katakan pada Tuhan-Mu
yang kau takkan alpa
untuk terus bermunajat pada-Nya
hanya panasnya alam
kerana panasnya neraka itulah janji-Nya
pada kita yang leka

Baiyazid Mustaffa
Kg. Jelawai
Gemencheh
Takdir-Nya

Pedihnya hati ini
menahan derita tanpa duga
ketika satu persatu
nyawa yang bernama manusia
telah kembali menemui pencipta-Nya
dipanggil akan takdir

Takdir-Nya
membawa seribu satu kisah cerita
tentang sengsara dan duka
tentang malapetaka yang bertimpa-timpa
dan ketika langit merah menyala-nyala
membakar segala hutan belantara
hujan turun bagai dendam yang tersimpan lama
membawa amarah menggempur dunia
tanpa tanda-tanda
sedang kita leka akan nikmat dunia
ia membadai segala pandangan
hilang dan pergi
seperti puing-puing kecil berterbang

Air mata saksi hati ini
Betapa kita manusia sentiasa terduga akan takdir-Nya
Sahutlah dengan keimanan
Paksikan dengan tiang ketakwaan
Insya-Allah kukuhlah ia menjadi benteng pertahanan
esastera.com

1 hari 1 jam 1minit 1 saat dan 1 detik

1 hari 1 jam 1minit 1 saat dan 1 detik

1 hari aku berdiri
memandang pada cermin diri
masih aku di sini
menafsir makna diri
yang kekadang kosong
tanpa diisi
tanpa sesiapa dapat mengerti

1 jam aku masih terus menanti
agar dapat kutemui
jawapan yang tak pasti
Ia terus meruntun dan menyeksa hati

1 minit aku terus berjanji
pada diri
pada sesiapa
yang dapat memahami akan diri
akan kekurangan diri
agar kuat untukku berdiri

Dan hanya satu saat
apa saja boleh terjadi
tanpa kita sedari...
sehingga pada satu detik aku sendiri tak mengerti
untuk apa aku melihat cermin diri ini
seandainya ia hanya sekadar melukakan hati...
esastera.com

Februari 2017

Februari menjengah, masa berlalu begitu pantas meninggalkan jejak kenangan yang mustahil akan diulang semula.