Followers

Monday, July 28, 2008

Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- Tivi- 'Martabatkan Novel-novel Tempatan'



-Laskar Pelangi- Ranjau Sepanjang Jalan- TIVI-

Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata wajar dibaca kerana ia mempunyai gagasan bahasa yang tersendiri. Bahasanya sungguh indah walaupun ia dihidangkan dengan cerita yang mudah. Novel ini mempunyai gagasan cerita yang tersendiri. Saya bukanlah peminta setia novel-novel Indonesia kerana saya sungguh obsess terhadap novel tempatan walaupun ia menyajikan cerita yang biasa dan kadang-kadang penggunaan bahasa yang dibuat-buat. Tidak kurang juga apabila penggunaan bahasa yang hendak nampak menarik tetapi macam tidak kena apabila membacanya. Namun keterbukaan saya untuk membaca novel ini didorong perasaan yang kuat apabila mendengar komen-komen yang positif terhadap novel ini. Novel Laskar Pelangi mempunyai nilai garapan yang baik apabila membaca setiap aluran ceritanya. Ia mengalir secara semulajadi apabila kita membacanya. Novel sebegini yang wajar dijadikan asas kepada kelahiran novel di Malaysia. Bahasanya JUJUR, gambaran suasana yang seakan tepat dan indah. Jalan cerita yang menarik belum tentu menjanjikan pemahaman bacaan yang baik. Namun, apabila membaca novel ini teringat akan novel sasterawan terulung Malaysia iaitu Shahnon Ahmad yang mana bahasa yang digunakan dalam novel beliau jujur dan sangat dekat dihati pembaca.Hal ini jika dilihat pada novel-novel di Malaysia saya memberi kredit kepada Shahnon Ahmad kerana mampu menyajikan aliran cerita yang baik. Bahasanya jujur dan tidak seperti direka-reka. ‘ RANJAU SEPANJANG JALAN’ sungguh indah bahasanya, mudah dibaca, dan melekat dihati. Begitu juga dengan novel ‘ TIVI’ ia menyajikan suatu bentuk cerita yang mudah tetapi diperingkatkan dengan baik sehingga ia seakan berlaku sebentar tadi. TIVI adalah cerita tentang televisyen sahaja tetapi digarap dengan berkesan. Pada mulanya saya beranggapan novel ini tidak menarik dan lama tersimpan di almari. Namun kesempatan membacanya telah membuatkan saya tertarik dan terpegun. Hilang segala kekusutan walaupun kadang-kadang novel ini terdapat unsur-unsur yang tidak sesuai untuk dibaca tetapi ia hilang dan dilupakan kerana dihidangkan dengan jalinan cerita yang menarik.

3 comments:

panzer said...

baca juga,..... lanjutan laskar pelangi....."sang pemimpi. edensor, maryamah karpov"

panzer said...

baca juga,"sang pemimpi, edensor, maryamah karpov" lanjutan dari laskar pelangi

Anonymous said...

Saya dah baca kesemua novel tersebut kecuali Maryamah Karpov..baiyazid mustaffa

Ku lihat langit itu....adakah cahaya bakal menyinari lagi..

Ku lihat langit itu....adakah cahaya bakal menyinari lagi..